Thursday 16 February 2012

pada bulan december.....

sejak bermulanya cuti aku dan terakhir kalinya bergelar sebagai seorang pelatih penolong pegawai perubatan, perasaan aku bercampur baur... perasaan sedih pun ada kerana terpaksa meninggalkan negeri kedah yang selama 3 tahun ini tempat aku menimba ilmu, bersuka cita dan berduka cita bersama-sama dengan 141 rakan-rakan seperjuangan serta perasaan yang sangat gembira kerana dapat kembali ke sabah untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta.

4hb dec 2011, 3.00 am
disebabkan tidur terlalu lewat sangat kerana masing-masing sibuk dengan mengemas barang-barang untuk dibawa balik bersama-sama ke sabah. Dengan beg bagasi yang sememangnya sangat berat untuk dibawa ditambahkan lagi dengan beg sandang yang kecil molek menyukarkan lagi pergerakan pulang. Bila aku bangun, aku sedar yang teman sebelah katil aku sudah tiada, semua barang-barang telah diangkut dan dibawa ke depan pintu pagar untuk menanti bas kolej datang untuk membawa kawan-kawan pergi ke lapangan terbang bayan lepas pulau pinang (main hentam je bab xtau airport mana dorg pegi tpi semestinya mesti pulau pinang). Kenapa lapangan terbang di penang?? sebab, hanya yang asal dari kota kinabalu, keningau, tambunan, ranau dan sebagainya akan naik dari penang. Jadi, macam mana yang tinggal sandakan dan tawau pula macam aku ini..?? kami kena naik kapal terbang di lapangan terbang alor star je. Pada waktu itu, aku dengan dua orang rumet aku yang tinggal iaitu E dan D telah melambai kawan-kawan kami yang baru sahaja bergerak menuju ke penang. Nak nangis pun ada juga. Nampaknya, tinggal kami bertiga untuk menyiapkan diri kami masing-masing untuk balik juga...

No comments:

Post a Comment